Pages

Wednesday, July 10, 2013

Roti Kentang

Hari ini 10 July 2013 adalah hari pertama kami diHungary menjalani ibadah Puasa. Alhamduliallah cuaca hari ini redup dan sejuk. Menu untuk berbuka puasa belum pasti lagi tapi yang pasti aku nak buat Roti Kentang.

Bahan yang diperlukan

3 cawan tepung gandum

1 paket Yis kering berat 7gm
1 sudu kecil garam
4 sudu besar gula
2 sudu besar olive oil
1 biji telur ayam. 
dari 1 biji telur tadi  ambil 3/4  utk adunan dan
1/4 utk disapu diatas roti
1 1/4 cawan susu segar suam
1/2 cawan butter cair
panaskan susu dan butter kedlm microwave selama 30saat sahaja.


                                                      



1 biji kentang direbus dan dilenyekkan

















Cara
 Tepung,Yis, gula dan garam. gaulkan
Masukkan Olive Oil dan gaul sebati
Masukkan kentang dan gaul sebati
Masukkan telur ayam, susu  dan butter suam
Gaulkan semua bahan
Uli sehingga menjadi Doh yang lembut dan tidak melekat ditangan
Pastikan ditaburkan sedikit tepung gandum diatas papan pencanai ketika menguli 
Uli lebihkurang 15 minit ke 20 minit.





Hasil setelah diuli 
Sapukan sedikit minyak diatas Doh
Tutup dan rehatkan Doh selama 1 jam atau sehingga menjadi 2 kali saiz asal.












Setelah direhatkan satu jam setengah
Doh sudah naik dua kali ganda dari saiz yang asal.













Potong kepada beberapa atau terpulang saiz yang dikehendaki.













Bulatkan
Tutup dan rehatkan selama setengah jam







Hasil setelah direhatkan setengah jam












Sapukan kuning telur yang telah dicampur dengan susu segar
&
Taburkan Chesse  





Ini pula di taburkan gula pasir diatasnya
dibakar selama 20 minit ke 25 minit dengan suhu 180C.










masak daaaaaaa
emmm wangi bau Chessenya 







Roti yang ditabur gula 






Alhamduliallah, 
Lembut dan ringan.
tunggu masa berbuka puasa nanti.








                                                                                           








2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Terima kasih kerana berkongsi resepi yang nampak mudah membuatnya. Terutama di bulan Ramadhan ini sesuai sangat untuk berbuka dan sahur. Selamat berpuasa Dermakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Omong Mak Long.
      sama sama. perkara yg baik kita kongsi bersama. lagipun tak perlu guna tepung roti.
      Roti nie makan cam tu je pun sedap. naknye cicah gan tea or kopi..emm lagi lah sedap..
      selamat menyambut Ramadhan buat Mak Long. teringin sangat nak jumpa dgn maklong. boleh kita bkongsi resepi kan..

      Delete