Pages

Sunday, September 01, 2013

Bersama Wheelchair Fencing Team Malaysia part 1

Tanggal 8 August umat Islam diHungary meraikan hari yang mulia. Setelah berpuasa selama sebulan, hari ini adalah hari yang penuh kemeriahan. Setelah aku menunaikan solat subuh jam 5 pagi aku duduk seketika dikatilku. aku mencapai gambar ibu dan bapaku. terasa sayu. terasa hiba. Hidup ini perlukan pengorbanan. seminggu sebelum ini aku telah berkesempatan berskype dengan emak. anak buahku Izaty telah menghantar messge di FB mengatakan emak akan bermalam dirumahnya. dikesempatan itu aku telah bermohon ampon dan maaf, aku telah meminta emak halalkan air susu halalkan segalanya. aku sebenarnya tidak mahu menetiskan air mata walaupun sebenarnya hati ini merintih menangis kerinduan yang teramat sangat. aku yang mencari jalan bergini. aku yang memilih jalan ini. makanya aku harus tabah dan kuat dengan segala dugaan yang aku tempuhi. air mataku berginang. air mataku mengalir seolah air terjun yang mengalir tanpa henti. 
walaupun kerinduan ini menebal disudut hati ini, aku perlu tabah dan kuat. hidup dirantauan perlu yakin perlu pandai membawa diri. apa apapun aku perlu teruskan hidup ini walaupun perit untuk aku lalui.
Aku  segera keruang dapur. Aku panaskan rendang dan sambal kacang yang telah dimasak malam tadi. Nasi impit pula ku potong dan ku masukkan kedalam bekas. Aku keluarkan pinggan dan mangkuk. Ku susun dimeja. 
setelah semua selesai aku terus menyiapkan diri.  Tahun nie aku teringin menunaikan solat sunat Aidilfitri. Aku sebenarnya telah berjanji dengan teman yang lain untuk berjumpa disana.  Walaupun aku tidak pernah pergi sendiri tetapi setelah aku check dipeta Budapest, aku pasti aku tahu dimana Masjid tersebut, 

Budapest Mosque Islamic Centre
 ataupun 
Dar Al Salam Mosque beralamat Bartok Bela ut 29. 
Aku perlu naik tram no 18, no 19. no 41. no 47 ataupun no 49.



 Aku tahu dimana tram itu bermula. Insya allah. Semalam aku telah berbual dengan temanku Zulqanain, beliau memberitahu waktu solat sunat bermula jam 7 pagi. aku boleh keluar awal dari rumah.







terlalu gembira pertama kali dirantauan pergi 
menunaikan solat sunat Aidilfitri








suasana diruangan wanita









                                                     kenalan baruku dari Yaman













selesai sudah







Panorama diBudapest






Freedom Bridge














Elizabeth Bridge







Chain Bridge














Hungarian Parliment















Margaret Bridge
Bridge yang paling baru dibina 










selesai bersarapan acara sesi bergambar

Setelah itu kami pergi ke rumah Pn. Maslina. Beliau bertugas sebagai setiausaha di Malaysia Embassy
kebetulan Pn Maslina juga menjemput Wheelchair Fencing Team Malaysia bagi memeriahkan lagi majlis hariraya. Tahun ini kurang kemeriah kerana dato Embassador pulang berhariraya diMalaysia. bergitu juga dengan kak Hasnah dan Pn Masnah. mereka semua pulang keMalaysia. tidak seperti tahun sebelum ini. riuh rendah ketika bertemu.
seronok sangat apabila bertemu dengan adik adik dari wheelchir fencing team. mereka juga ramah tamah walaupun kali pertama bertemu. aku diberitahu sebenarnya mereka telah berada lebih seminggu diBudapest. ketika aku berbual dengan mereka dan bertanya bagaimana perasaan merasa berpuasa dirantauan dengan cuaca yang panas dan masa berpuasa yang panjang selama 18 jam. mereka terus ketawa. hari pertama mereka tidak dapat meneruskan amalan puasa lagipun mereka mengadakan latihan dari pagi hingga kepetang. tapi alhamduliallah hari kedua dan hari hari seterusnya mereka semua dapat menunaikan kewajipan dengan sempurna. bergitulah kehidupan.


macam macam adaa..




Kristina wanita Hungarian 
suaminya Chinese Malaysia Pulau Pinang
Beliau yang telah memberi aku sebuah buku
masakan Tradisional Hungary didalam bahasa English
köszönom szépen.








Hafiz merupakan pelajar dari Malaysia
 yang melanjutkan pelajaran diUniversity disini

Selesai sudah berhari raya pertama dirantauan. 
Tak ada lagi rumah yang perlu dikunjung.
Tak ada rumah yang mengadakan majlis open house seperti diMalaysia. 

Hari raya kedua
Aku telah berjanji dengan adik adik fencing team untuk melihat perlawanan mereka di stadion
Aku tak pasti dimana dan tak tahu bagaimana mahu kesana.









sebelum kestadion
sempat lagi bergambar dipohon kiwi















dari rumah aku berjalan kaki ke Kolosy ter. aku naik bas no 9 menuju ke Nyugati station. dari sana aku perlu naik Metro



























dari Nyugati aku perlu melalui satu station iaitu
Puskas Ferenc Stadion. sebenarnya dekat je dari Nyugati tapi cuaca yang mencecah 45c aku lupakan hasrat dihati untuk berjalan kaki dengan tiket 320 forent aku boleh terus sampai ke stadion.





metro ini warna putih
pertama kali aku naik








3 minit dah sampai ke Stadion













sampaidah...
tapi kemana pulak lepas nie.






Dari station aku sekadar berjalan lebihkurang 5 minit kestadion

Tiket yang membolehkan aku masuk untuk menyaksikan Fencing
  
bernilai 3000forent









ini rupanya Fencing. biasa aku tengok didalam tv je. itu pun tak berapa minat sangat. tapi hari ini dengan tiket yang bernilai 3000forent aku perlu mengisi masa disini dengan sepenuhnya.




  




pusing punya pusing lebih kurang 10 minit akhirnya ketemu juga aku dengan mereka.













Rahman baru sahaja selesai Insya allah beliau ada peluang satu lagi pusingan.
























                                     bilik pegawai yang bertugas












Rahman peserta dari Malaysia sedang bersedia menunggu gilirannya


MALAYSIA BOLEH!!! 





                                                






                                           Yeeeearrrrrrrrrrrrrrrrrrr
                                          berat juga pedang nie


sedang menyiapkan diri
3 minit setiap satu perlawanan

Fencing 
ketegori bagi peserta yang OKU atau mereka yang menggunakan Wheelchair terbahagi kepada 2 bahagian
pertama dipanggil EPEE
kedua dipanggil SABRE
target untuk hujung pedang adalah semua dibahagian badan.  

Peserta dari Malaysia sudah ketinggalan 5 mata 






selesai perlawanan
membeli pakaian Fencing















hensome tak!!!






















dah siap
beli dan perkhidmatan percuma bagi print nama











selesai di Stadium
bawa adik adik pergi shopping dan bersiar siar






beli jangan tak beli...
kedai ini yang paling murah.

                              
   Belanja adik adik kuih paling sedap diHungary
                              KÜrkÁtÓs
satu perasa Coklat dan perasa Cinnanom
                                                                                      Citadela




masih senyum lagi












tolongggggggggggggggg
air dah habis
masih tinggi lagi nak PANJATTTTT


akhirnya

Permandangan dari Citadela



Subhana Allah
awan yang bergitu indah 
bersyukur dapat menikmati keindahanNYA.




terlalu penat terlupa nak ambil gambar permandangan...semua gambar simanis je
sampai malam jalan daaaaaaaaaaaaaa

Tasha akan pulang ke Malaysia esok hari. kesian pulak
maka akhirnya aku bermalam dengan mereka diHotel 


sempat bawa Tasya ke Heroes square je.
 penerbangan jam5 petang 
beliau perlu bersedia diHotel Lobby jam 1 petang
Pengurusan hotel akan menguruskan kenderaan ke Airport 

bersama peserta dari Indonesia


Kenderaan sudahpun sampai

selamat pulang dan sampai ditanah air Malaysia
Tasya..











kemudian aku ke Keleti station













masuk kestadium semula











bergambar dengan JuaRa Fencing
lupa pulak namanya
tinggi sungguh














peralatan pedang







bawa Fuzyma ke Fisherman Boston
hari isnin aku dah mula bkerja tak boleh bawa mereka yg lain kesini
makanya senang nanti fuzyma bawa mereka kesini, boleh lihat permandangan sekitar Budapest



kami berpisah di Dárék tér
insya allah esok aku ketemu mereka lagi


aku pergi kestadion lagi
aku bawakan mereka buah TIN. Kebetulan aku terjumpa ada orang jual di Battyány tér station tadi
sedap dan manis buah Tin. 
kebetulan aku sampai peserta Malaysia 
sedang bersiap untuk perlawanan
\


rupanya Fencing berkumpulan
jelas diskrin Malaysia berjaya mendahului mata sebanyak 5
TAHNIAH 
MALAYSIA BOLEH!!!

 YES!!!
bersama Hero Malaya

selesai sudah perlawanan
pasukan Malaysia kembali ketempat latihan bagi mengemas barang untuk dibawa keHotel
hari Selasa mereka semua akan pulang keTanah Air bumi Malaysia tercinta



Bilik persalinan dikongsi dengan Negara Kuwit


ini adalah tempat Fencing bagi siaran terus menerus seluruh Dunia

tengah tungguh Bas untuk pulang keHotel

bas yang disediakan adalah khas bagi mereka yang Istimewa


dalam bas

tunggu ...belum abis lagi..
boleh baca part 2 pulak.

0 comments:

Post a Comment