Pages

Monday, September 09, 2013

Warna Warni Kehidupan Part 1

Hari Sabtu hari cutiku. kadangkala aku cuti hari Ahad tapi diBudapest hari Ahad kebanyakan kedai dan shopping comlex tutup. Hari ini aku telah membuat temujanji dengan kenalan aku Anna seorang wanita Hungarian untuk mengajar beliau membuat Karipap. Bilamana aku membuka pintu pagar beliau telah pun menunggu aku. aku pandang jam ditangan kananku. Aku melemparkan senyum lalu mohon maaf kerana terlewat 3 minit. aduh...malu dan segan pulak aku. Beliau sekadar say no problem. aku terus dibawa kerumahnya yang jarak dari rumahku lebihkurang 50 meter sahaja.  Sebaik pintu pagar rumah dibuka, kami disambut oleh seekor anjing yang sangat besar yang berbulu hitam berkilat.  Anjing bersalak kerana tidak mengenali aku. Pada mula Anna meminta aku menyentuh kepala anjingnya kerana anjingnya suka bergitu. tapi setelah aku menerangkan orang muslim tidak boleh berbuat bergitu akhirnya Anna menyuruh anjingnya tidak lagi mengikuti kami. Sememangnya binatang kalau diajar boleh dengar dan patuh dengan arahan tuannya, anjingnya terus berlalu tanpa lagi mengikut kami. 
sebelum masuk kedalam rumah sempat aku menongak melihat sebuah Banglow mewah yang tidak dapat dilihat dari luar kerana dipagari dengan tembok yang tinggi dan ditutupi dengan pokok pokok yang menghijau, Sebelum keruang dapur aku dibawanya melawat ruang tamu pertama dan ruang tamu kedua. semua perlatan, kelengkapan dan kabinet adalah terdiri dari barang yang bermutu tinggi. manakala sofa pula adalah dari kulit yang aku sendiri tak pasti dari kulit apa tapi memang cantik bewarna kemerahan. kemudian Anna mengajak aku melihat ruang taman dibelakang rumahnya, yang aku paling teruja disitu terdapat pokok Buah Tin yang menjadi kegilaanku. mana tidaknya seringkali aku keluar dan terjumpa buah Tin segar pastinya aku membeli. setengah kilo lebihkurang 500ft atau lebihkurang RM 7. Tanpa ku sedar aku menjerit. This is figs? beliau terus menarik tanganku menuju kearah pohon buah Tin.

Pokok BUAH TIN atau FIGS






buah yang telah dimakan burung















Buah yang sudah masak
alhamduliallah dapat ku makan buah Tin segar hari ini
Buah Dari Syurga





















                 antaranya masih muda













operasi sudah bermula
aku sedang menumis bawang














disini susah untuk mendapatkan bekalan ayam dan daging yang Halal, makanya aku sekadar membuat Inti Sayur dan dicampur dengan ikan tuna tin  untuk dibuat Inti Karipap kami hari ini






Minyak dan Butter yang telah dicairkan


kebiasaan aku guna tepung gandum tapi Anna kata dia cuma ada Tepung yang warna ini . gula pula cuma gula brown je yang dia ada. katanya lagi Tepung ini adalah tepung no 1 diHungary. beliau  menggunakan bahan yang terbaik buat keluarganya. aku sekadar senyum tanpa memberi komen. ye benar...bila dah kaya semua boleh tanpa memikirkan mahal ataupun murah.
HARAP jadilah Karipap aku walaupun guna tepung apa entah.


Hasil setelah dicampur semua bahan dan diuli sekejap






Inti Karipap yang sudah masak
aku guna serbuk Paprika pedas dan serbuk Paprika manis untuk aku gantikan rempah kari.
sedap juga hasilnya.











sementara menunggu Inti Karipap sejuk Anna menghidangkan aku Roti Chesse yang dibelinya dikedai roti berhampiran rumah kami.
sedap!!!










lemon tea with honey











setelah aku menunjukkan teknik mengelim tepi karipap inilah hasil kerja tangan Anna
hasil tangan karipap yang ke 15..
Anna bersorak kerana berjaya walaupun tidak sehalus yang aku buat.





Pearkey...namaku
sepanjang aku berada didapur berginilah rupanya
Anna kata kalau beliau tidak ada bersama aku sudah pasti aku dijerit oleh Pearkey kerana aku adalah orang asing dirumah nya
Pearkey adalah seekor anjing betina berusia 7 tahun dan berat mencecah 80kg. tinggi  aku tak pasti tapi aku kira kalau Pearkey nie berdiri rasa sama tinggi dengan aku. Anna kata Pearkey suka dengan aku sebab dia tidak langsung kacau kami disepanjang aku didapur. kebiasaan bila orang asing datang Pearkey pasti menyalak dan mengacau pergerakan.







                            Mak Anna









Alhamduliallah.
Hasilnya dah tinggal separuh
bermacam bentuk..aku cuma buat beberapa keping sahaja dan selebihnya Anna kerana biar dia belajar bagaimana mahu mengelim tepi karipap. kan nak belajar...

Aku dihidangkan dengan segelas air 
Lemon dengan daun pudina
sedapnya..
yeaaa..dapat satu resepi
                                                                           
aku minta Anna ambil gambar
 tiba tiba je Pearkey muncul dan mahu bergambar denganku
boleh pandang camera lagi.
hahahhahahh
    

 ada LIFF
Aku dibawa tempat swinming pool
ada sauna

Tangga yang cantik
kalau tak naik Liff



selesai sudah projek membuat Karipap 
aku lantas ke WestAnd. membeli keperluan harianku

Setiap kali aku pulang dari pekan pastinya aku suka melihat rumah ini 

Alhamduliallah
sampai dirumah

bersambung di Part 11
minggu depan belajar buat GOLOUS dan aku pula mengajarnya membuat sambal kacang
tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

1 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Bagus kan kalau dapat peluang bertukar masakan. Setidak2nya dapat memperkenalkan masakan asli bangsa dan negeri kita.

    ReplyDelete