Pages

Tuesday, October 29, 2013

Boötmakers Strudel

Musim Luruh atau Autumn semakin kepenghujung. Hari ini pada tarikh 2ö13. 27 Oktober,pukul tiga pagi adalah tarikh yang mana jarum jam perlu ditukar ke waktu Winter atau dipanggil Day Light Saving Time And. Ketika aku bangun solat subuh baru aku putarkan jarum jam tapi jam di notebook aku automatic bertukar ke waktu winter. bilamana bulan 4 ia akan bertukar semula.

Hari ini aku berjanji dengan Norbert. Selain dari rutin biasa kami belajar bahasa aku juga tak sabar sangat nak belajar cara penyediaan Strudel.  Kadangkala aku sendiri tak pasti adat orang disini. Aku nie main suka hati je cakap dengan Norbert mahu belajar masakan dari ibunya . Minggu lepas ketika kami bertemu dan belajar bahasa bersama. Norbert ada membawakan untuk aku sepotong Boótsmakers Strudel. Terkejut juga pada mulanya. Mungkin sebelum ini aku sering bercerita kepadanya aku teringin sangat nak makan strudel yang dibuat dirumah. bukan tak boleh beli dikedai tapi kadangkala rasa ragu ragu cara pembuatannya. Terkejut juga ketika dia menghulurkan strudel yang sememangnya kesukaan aku. Apa lagi dah memang menjadi kesukaan tanpa berlengah habis selesai ku makan. Tersenyum Norbert melihat aku bergitu berselera makan boótmakers strudel dari ibunya.

Selesai tugasan aku dirumah dan menyiapkan diri ala kadar, aku terus menuju ke kedai yang berhampiran . Dalam  kepala telah pun aku fikirkan apa yang perlu aku bawa sebagai buah tangan untuk aku berikan kepada ibu Norbert. Sehari sebelum ini aku telah menghantar message kepada Norbert. apa yang perlu aku beli untuk membuat boótmakers strudel. beliau membalas message aku dengan ayat yang paling ringkas.

Norbert ...just bring your body...
Aku membalas messagenya  ugye?
beliau membalas semula message dari aku...bezony
dan aku balas lagi messagenya..holnapig várok. köszönom szépen
dan Norbert membalas message rendben
dan kami masing masing menghantar simbol ketawa...

perkenalan kami secara tidak sengaja bermula aku masuk dilaman muka bumi diruangan Hungary Expats. Satu hari tu entah macamana aku terlihat diruangan kanan mukabuku, jadi aku sekadar add dan akhirnya aku diterima menjadi ahli Hungary Expats. Aku rasa seronok sangat, dengan adanya Hungary Expats membolehkan aku mengetahui aktiviti yang dijalankan diBudapes. kenapalah dulu aku tidak perasan. aku juga selalu memberi komen disetiap gambar atau status di Hungary Expats. antara yang aktif ada Norbert. akhirnya kami bersetuju belajar bahasa tanpa perlu bayar. Sememangnya ada kumpulan yang menyediakan pembelajaran bahasa Hungary yang aku lihat di kumpulan Hungary Expat tapi setiap satu jam dikenakan bayaran 1ooo ribu Forent. Manalah aku ada duit nak bayar. banyak keperluaan lain yang perlu aku gunakan. Alhamduliallah bertemunya aku dengan Norbert membőlehkan aku belajar sedikit bahasa Hungary. dan beliau juga sudah boleh bertutur bahasa Melayu.

Hari ini aku tak mahu naik bus atau tram. aku nak jalan kaki je ke Margit Island. Lagipun cuaca yang dingin lebih selesa aku berjalan kaki sambil tu boleh jugak aku ambil gambar. Mungkin Autumn nie autumn terakhir untuk aku disini.

inilah permandangan disepanjang perjalanan aku ke Margit Island

hening dipagi minggu
lupa pulak tukar jam dicamera, sebenarnya baru pukul 9.pagi










Harap ibu Norbert suka
Madu Lebah diHungary adalah antara yang terbaik











                         berbeza dari 2 minggu lepas












tak sanggup aku naik bukit naik basikal












Pokok yang keguguran kering
tanpa ada lagi sehelai daun yang singgah didahannya













sering kali lalu disini tak pula aku perasaan












had laju

masih ada lagi pokok yang hijau












 sunyi sepi dipagi minggu





cantiknya....











Subhanallah..


tram 17 dari Kolesy tér














tenang dan damai hati disini















train hijau dari Battyány tér menuju ke Szetendere












arrrrrrrrrrr
sukaaaa











antara taman yang menjadi kesukaan ku ketika musim luruh....


buah apa aku pun tak tahu 
bila aku belah dan
aku rasa macam buah bemban
banyak sungguh buahnya...













őőpppp






























                          ini adalah Rose Hips
dari apa yang diterangkan oleh Norbert kepada aku Rose Hips perlu dikeringkan selama 3 ke 4 minggu dan kemudian boleh digunakan sebagai minuman. Bolehlah dibuat air tea perasa rose. nanti aku nak cari dan keringkan..mesti cuba kan.






Satu jam aku berjalan tak terasa penat ataupun atau berpeluh. Kalau aku berjalan tanpa henti sekadar 15min aku dah boleh sampai ke Margaret Hid.

Margaret Hid atau Margaret Bridge



Kini aku berada
di atas Margaret Bridge














Cantik rekabentuk Jambatan ini

















inilah yang dipanggil Margaret Island










Pandangan Pest
dari atas Margaret Bridge







ramai yang sedang berjoging
teringat aku ..
aku juga suka berjoging dipagi minggu di tasik Kelana Jaya. itu adalah rutin mingguan aku.Ketika itu aku mempunyai sebuah mountain bike yang berwarna  merah. Aku menjadi perhatian mereka yang juga berjoging ditasik, mana tidaknya aku suka pakai seluar merah dan baju berbaju putih. Manakala helmet pula berwarna merah putih dan sarung tangan berwarna hitam. Kasut sport pula berwarna putih. tabung air minuman aku ...hahah warna kelabu.

kalau bukan hari minggu aku juga  berjoging pada hari sabtu. Pernah beberapa kali aku berbasikal dari Kelana Jaya SS 6 ke taman diperumahan SS2. Kebetulan ada kawan pejabat aku yang tinggal disana. kami akan berjoging bersama.  Tapi sebenarnya sebelum aku punya kereta, aku juga berbasikal ke tempat kerja di Taman SEA. Jauh juga tapi aku tahu jalan  pintas melalui kawasan perumahan. Pada awal aku berbasikal kepejabat ada kejadian lucu yang masih segar diingatanku.
Setiba aku dipejabat aku terus angkat basikal masuk kedalam lif. Ketika itu kebetulan Boss juga baru sampai ,kami sama sama masuk kedalam lif. Aku perhatikan beliau melihat aku dengan perasaan curiga. Bilamana sampai dipintu pejabat Boss terus tanya, aku nak pergi mana. Beliau  kehairanan melihat gelagat aku. Mana tidaknya aku terlupa nak buka helmet dan penutup muka yang aku cover dengan sapu tangan. dan aku juga  berpakaian joging bukan seperti orang kepejabat . Manakala dibelakang aku ada sebuah beg galas yang aku letakkan semua kelengkapan pakaian.  Itu yang membuatkan dia curiga. Aku sekadar mengakat tangan dan menunjukkan isyarat tunggu. Beliau terus mengekori aku. Setelah aku parkingkan basikal diruang sebelah Pantry aku buka helmet dan cover  muka, bos aku tergelak sendiri. OMG...itu adalah ayat yang keluar dari mulutnya...Aku sekadar senyum dan berkata  sorry kepada boss aku. Hari pertama aku berbasikal tak larat aku menjawab perbagai pertanyaan dari kawan pejabat. bermacam soalan yang diajukan kepada aku. Lebih kurang 2 tahun juga aku berbasikal kepejabat, Alhamduliallah rezeki yang ALLAH berikan dapat aku membeli Kancil yang baru. Ingat lagi no plat kereta kancilku yang berwarna gold metallic BGA 9O6.  Hanya itu yang mampu aku beli dengan kadar bayaran setiap bulan Ringgit Malaysia 45O.
terjauh pulak aku berkhayal dizaman silam ku...


Terkejut aku melihat air pancuran diMargaret Island nie. rupanya hampir setahun aku tidak kemari


Bulan 4 nanti pokok bunga ini akan ditukarkan dengan pokok tulip

dari apa yang diceritakan oleh Norbert kepada aku apabila musim Tulip berakhir ubi benih Tulip akan dikorek dan disimpan didalam kertas khas. Ini adalah kerana tikus akan makan ubi benih Tulip ini. Dengan cara mengeluarkan ubi benihTulip dari tapak penanaman ianya terjamin keselamatan benih tersebut.



geram aku tengok anak kecil ini















mereka ada perjumpaan rupanya
ketika aku sampai tadi cuma ada seorang ibu bersama baby dan sekarang sudah ramai .












Pada awal perancangan aku mahu ke zoo yang  terdapat di Margaret Island. Hari ini adalah hari terakhir dibuka. Ketika musim winter semua binatang yang ditempatkan di mini zoo akan dipindahkan kesatu tempat lain. Mini Zoo ini akan dibuka semula pada bulan 4 tahun hadapan. Tapi entah kenapa kepala aku terasa berdenyut denyut pula. Mungkin kerana perut aku tidak diisi apa apa ketika keluar rumah tadi. Akhirnya aku mengambil keputusan terus pergi ke Battyany tér.




seronok tengok gelagat mereka yang berbasikal












kejap lagi aku nak naik bus di sittuuuuu...

aku boleh naik bas no 86, no 18ö dan 186 menuju ke Battyany tér.
Kalau ikutkan sebenarnya boleh je aku berjalan kaki ke Battyany tér tapi disebabkan kepala aku yang berdenyut denyut aku merasakan naik bus lebih selamat.




sebenarnya baru pukul 1o.57pagi
aku belum lagi menukar jam di camera canon ku.
aku berjanji dengan
Norbert pukul 1 t-hari di Battyany ter..




sesampainya aku diBattyany ter aku terus masuk ke station Szentendre. Kepala aku semakin  kuat berdenyut.
aku membeli roti dan air lemon tea untuk mengisi perut ku yang sudah berkerongcong.










hahahha tak tahu nak buat apa.













alhamduliallah
kepalaku sudah normal seperti biasa


Sementara menunggu Norbert aku pusing pusing dulu sambil mataku mencari ruang untuk aku ambil gambar
dan aku abadikan didalam camera canonku
Dan sempat kau menukar jam di Canon Cameraku. 


























Tram ini berusia lebih dari 2oo tahun
Dahulu inilah tram yang digunakan dan sekarang tram ini digunakan sekali sekala sahaja. ianya cuma ada satu gerabak je.











Tepat pukul 1 tengahari Norbert muncul. Aku terkejut apabila diberitahu dia dari Mammut berjalan kaki ke Battyany tér. Laaa kenapa tak suruh aku ke Mammut sahaja. dan sekarang kami berjalan semula ke arah Mammut. aduhhhh...kesian pulak aku tengok dia bersusah payah kerana aku yang nak sangat belajar membuat strudel dari ibunya.

Dari Mammut kami naik tram no 61 dan turun di..... 
sepanjang kami di dalam tram aku terasa geli hati melihat seorang  perempuan yang ku kira umur dalam lingkungan lewat 2öan. aku duduk berhadapan dengan gadis itu manakala Norbert duduk disebelahnya. Wajah perempuan itu menunjukkan reaksi pelik. sekejap dia pandang aku sekejap mukanya beralih ke Norbert. aku buat tak tahu je. Norbert juga sekadar senyum kepada aku.  perempuan itu mungkin dia pelik melihat seorang perempuan Muslim berjalan bersama seorang lelaki Hungarian. tapi sebenarnya sejak  aku berkenalan dan kami berjalan di street ramai mata yang memandang ke arah kami. Aku abaikan sahaja.

Norbert tinggal bersama dengan kedua ibubapanya. Ibu dan bapanya menyambut aku dengan penuh gembira dan melayan aku seolah sudah lama kenal. Apabila aku memberikan madu lebah kepada ibunya, beliau berkata sesuatu yang aku tak faham. Norbert menjelaskan Ibunya kata tak perlu bawa apa apa untuknya. mana mungkin apabila melawat kenalan atau sesiapa sahaja sudah menjadi amalan aku membawa sesuatu walaupun sekadar bunga beberapa kuntum sebagai tanda hormat kepada tuan rumah yang menjemput aku. Ibu Norbert terus memeluk aku.

setelah aku dihidangkan dengan secawan air tea kami mulakan projek membuat Boótmakers Strudel.
Ibu Norbert menawarkan biskut kepada aku tapi perutku masih terasa kenyang dengan biskut yang aku makan di Battyany  ter tadi,

45o Cheese
1 biji telur ayam
2oo grm brown sugar

dicampurkan semua bahan sehingga sebati




1OO gm anggur kering
dicampurkan
dan digaul sebati





























Norbert juga turut membantu..




















Bapa Norbert mahu menyertai kami tapi ibu Norbert memintanya keluar dari ruang dapur...













2oo gm Spaghetti yang halus

Didihkan air .
laaa macam kita rebus biasa tu ler











ibu Norbert.



















sementara tunggu
spaghetti lembut aku melayan kucing Norbert
geramnya


nama saya
Egértangó Lüszi dari baka Certification Breed
tapi panggil Lüszi.


Baik sangat
walaupun kali pertama Lüszi sudah mula jinak dengan aku..
Norbert dan ibubapanya terkejut apabila aku panggil Lüszi. Lüszi terus berlari kearah aku...












Ibu Norbert membawa aku keruang rumah dan menunjukkan perbagai jenis tanaman yang ditanam oleh Norber. Dengan hasil tanaman itu juga Norbert menjual kepada teman atau kenalan di FB.

Aku terkejut apabila melihat pokok pisang yang hidup segar didalam rumah. Bukan sahaja pokok pisang tapi perbagai jenis tanaman. Norbert sebenarnya suka bertanam, antara tanaman yang menjadi sumber rezekinya adalah Orkid.Beliau baru sahaja terima Orkid dari Malaysia yang dihantar dengan pos sahaja. Boleh tahan jugak cost penghantaran yang perlu dibayar.

beliau menanam Pokok Saffron. terlupa la pulak aku ambil gambar.











ini pulak pokok Fig ataupun pokok Buah Tin

pernah mengeluarkan hasil tapi disebabkan faktor ditanam didalam pasu dan dibiarkan hidup didalam rumah buah tin bersaiz kecil.

















hahhahah...
pokok dragon fruit juga hidup subur




















pokok ini pun ditanam...












ini pula sejenis Orkid yang di order dari Malaysia









Ketika aku sedang belajar bahasa bersama Norbert  diruang tamu Ibunya memanggil kami bagi meneruskan Proses Boötmakers Strudel.


Spaghetti yang telah lembut dan ditoskan airnya dicampurkan kedalam
Cheese tadi.














gaulkan sebati















Pastri yang sudah sedia dibeli dari Tesco..

Kalau nak buat Pastri memerlukan ruang yang luas










Sapukan butter diseluruh bekas pembakar

Letakkan dua keping pastry dan masukkan semua bahan yang telah digaul tadi











pastry dilipatkan seperti yang  dilihat













Ambil 2 keping lagi kulit pastry dan ditutupkan ke atasnya

kemudian sapukan dengan butter yang telah dicairkan










sambil menunggu Boötmakers Strudel didalam oven ......

suhu 22oC
dibakar selama 45 min ke 1 jam ataupun sehingga permukaan strudel berwarna gold.










trannnnnnnnnngggg...masak dahhhhhhh


sepotong Boötmakers Strudel untuk aku...
emmmm sedapnya



ada dua jenis pokok Bunga Raya

Merah dan putih











Norber sempat menunjukkan kepada aku kertas urusan penghantaran Orkid dari Malaysia


Kertas ini sahaja bernilai  lebih kurang Ringgit Malaysia 1oo.oo bersamaan dengan 5oooForent

manakala urusan mail lebihkurang 2ooo Forent.







  Pos Malaysia













Jam 8 malam Norbert menemani aku ke station bus 86




bus 86 terus ke Kolesy tér
tak perlu aku nak naik tram dan bus lain lagi..











seharian aku disini...
penat tapi perasaan aku cukup gembira...

Minggu depan kami akan ke Countryside
Kami akan kerumah kenalannya bagi projek aku seterusnya...

Norbert...
Köszönom Szépen
sajnálom.

1 comments:

  1. Bestnya.. Cantik betul pemandangan kat situ.. Bersih je nampak..

    ReplyDelete