Pages

Friday, January 03, 2014

Roti Canai Marocco

Baru baru ini aku ada terklik cara membuat Roti Canai di You tube tapi dalam bahasa Marocco. Selalu juga aku tengok, walaupun aku tak faham bahasanya tapi bahan bahannya lebih kurang sama je. Teringin juga aku nak mencuba resepi Roti Canai Marocco tu..akhirnya tertunai hajat..

Bahannya
400 gm Tepung Gandum
100 gm Tepung Semolina
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar Yis Kering...* dalam resepi dia guna 1/2 sudu Yis Basah
1  1/2 cawan air suam...jangan habiskan terpulang jenis tepung.

Minyak dan Butter Cair dicampurkan untuk kegunaan membentuk doh
Sedikit tepung Semolina untuk ditabur diatas doh

Caranya
Rendamkan Yis tadi sehingga kembang
Campurkan dua jenis tepung dan garam.
Gaulkan tepung dan garam sebati
Masukkan Yis yang telah kembang kedalam tepung tadi dan gaulkan dahulu
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut.
Setelah adunan lembut pecahkan menjadi berbola.
Saiz terpulang mengikut selera kita
ambil sedikit bancuhan minyak dan butter cair tadi dan letakkan kedalam bekas
Rendamkan adunan yg berbentuk bebola kedalam bekas yang sudah berisi bancuhan minyak dan butter
Siramkan sedikit bancuhan minyak diatas semua doh berbola tadi..supaya semua doh tadi terkena minyak
Tutup dan rehatkan selama setengah jam

setelah setengah jam
Langkah 1
Ambil satu dah lepirkan senipis yang boleh.
Sapukan minyak dan taburkan Tepung Semolina diseluruh permukaan doh tadi
Lipatkan supaya menjadi empat segi. Letakkan ketepi

Buat Langkah ke 2
Ambil satu lagi doh dan buat senipis yang boleh
Sapu minyak dan tabur Tepung Semolina
Ambil Doh yang pertama tadi dan letakkan ditengah Doh ini.
Lipatkan menjadi empat segi.
Ini bermakna Doh sudah menjadi dua keping.
Letakkan ditepi.
Lakukan seperti itu disemua doh.
*Dua Doh untuk dijadikan sekeping Roti Canai.

Cara Mengoreng
Ambil Doh tadi.
Kita tekankan dengan hujung jari menjadi lebar sedikit tapi jangan terlalu nipis

Bolehlah digoreng dengan suhu api yang perlahan.

Bahan dan cara ada disediakan dibawah.

Tepung Semolina dan Tepung Gandum


campurkan garam













Air suam

















Yis yang telah dicampurkan dengan air













Doh yang telah diuli














sepatutnya bulat tapi nak cepat buat memanjang...hehhehe


rendamkan dengan bancuhan minyak dan butter










ambil satu dah lepirkan















menjadi senipis yang boleh


taburkan minyak dan tepung semolina
diseluruh permukaannya











Lipatkan seperti ini

Lakukan dan ulang menjadi dua keping dalam satu













goreng seperti ini
jangan garing sangat
sedap dimakan ketika panas













Buat dua versi

Bulat dan Empat Segi












Empat segi sedap sebab ada dua lapisan.

tak habis boleh difrozenkan



memang sedap.
makan dengan Kari Telur
Buat kari Telur tapi tak sempat nak take photo...hehehhe







Alhamduliallah,, tak rugi mencuba. keputusannya memang sedap.

1 comments:

  1. Su..berapa banyak minyak dan butter digunakan?

    ReplyDelete