Pages

Thursday, October 11, 2018

LANGOS Uitm Seri Iskandar

Langos di pasar malam Uitm Seri Iskandar

Tadi pagi kami niaga di pasar pagi kg gajah. Selesai jam 11 kami sudah pulang kerumah. Selesai mengeluarkan segala yang tak perlu dari kereta aku dan suami berehat sebentar.

Sebelum kami keluar berniaga aku sempat menyediakan lunch buat mak kesayanganku.
Alaaa...senang dan mudah je.
Ikan Bilis Timun kuning masak tempoyak. Cabai burung dari hasil kebun ku letakkan tidaklah banyak sangat dan tidak aku pecahkan. Ini adalah mak sudah tidak bisa lagi makanan yang pedas.

Perjalanan kami ketempat niaga mengambil masa 10 minit sahaja lebih kurang 17 km

 abg din pesara Navy menghantar Taufo Fa. Taufo Fa beliau memang sedap. Murah je rm 2.

Jam 4 petang gerai kami memang padat dengan students.

Kalau kekawan perasan ada bekas biru yang biasa digunakan untuk letak kuih raya aku gunakan untuk aku potong Langos sebagai "tester" 
Yang mana students yang tidak pernah rasa dan tak tahu apa itu Langos,mereka boleh merasa dengal pelbagai sos yang aku letakkan. Lagi satu sesiapa yang awal membeli Langos,aku akan meminta mereka membacakan doa sebelum mereka menikmati hidangan Langos free yang aku sediakan. Doa bukannya yang susahpun, sekadar doa makan yang mana seusia 6 tahun yang bersekolah tadika pun boleh membacanya.

Hari ini hujan, jadinya malam ini boleh tengok beratus jenis payung.
Alhamdulillah jam 8 malam Langos menutupkan api kuali yang berasap seawal 4 petang.
Aku dan suami basah kuyup.
Inilah kehidupan sebagai peniaga pasar bergerak.

0 comments:

Post a Comment