Pages

Wednesday, October 10, 2018

Langos

Langos...
Rasanya aku pernah cerita Langos sebelum ini. Tak apa aku cerita lagi.

Perniagaan Langos sekarang sudah berusia hampir 4 tahun. Terlalu cepat masa berlalu.

Hari ini Selasa Okt 9.2018 aku nak cerita sikit.
Seawal 4.30 pagi aku dan suami sudah bangun utk menyiapkan segala keperluan. Aku biasanya akan menyediakn pelbagai sos untuk dimakan bersama Langos seperti Sekaya power. Coklat Leleh. Sambal Bilis rangup. Bawang putih minyak zaiton. Sour cream. Dan juga Cheese. Manakala suamimu akan membancuh Doh Langos

Pagi ini kami berniaga Langos di pasar pagi kg gajah

Tepong yang kami gunakan. 

Tepong Kunci juga boleh digunakan untuk membuat Langos. Sekarang nie tepong   memang mendukacitakan. Kami terpaksa menggunakan tepong cap sauh yang jauh mahal dari tepong tepong yang biasa kami gunakan. Apa nak dikatakan. Kalau tepong tak ada yang merupakan bahan utama Langos bermakna tiada Langos..lagipun sekiranya Langos tiada menjalankan perniagaan di pasar pagi mahupun dipasar malam bermakna kami hilang sumber harian kami bagi menampong perbelanjaan harian kami. 

Langos yang kami jual disediakan bersama dengan pelbagai perisa.
Sekaya Power
Coklat leleh
Sambal Bilis rangup
Bawang putih minyak zaitun merupakan perisa asal yang mana diBudapest itulah perisa bagi Langos.
Dan satu lagi Sour cream Cheese adalah sapuan utama bagi Langos di Hungary Budapest.
Alhamdulillah semua perisa yang kami sediakan mendapat sambutan.

6.30 pagi kami sudah sampai ditapak niaga dikg gajah

Masih kosong lagi disebelah kami

Sunyi sepi

Inilah gerai Lángòs
Banner Langos suamiku yang design.

Jiran niaga sebelah aku.

Linda kawan niaga aku sejak 2015
Beliau menjual hasil kg.

Sudah penuh tapak niaga pagi ini.
Suasana dan kekawan yang berniaga dipasar pagi. Itu belum lagi masuk jenguk didalam pasar.

LÁNGÒS

0 comments:

Post a Comment