Pages

Monday, October 08, 2018

Pruning Anggur

Tugasan yang sentiasa sibuk membuatkan aku dan suami terkadang terlepas waktu untuk Prunning Anggur dikebun kami Telok Bakong Fig Garden.

Tugasan ini sebenarnya aku yang perlu lakukan tetapi dek kerana masa mencemburui aku tugasan ini tergantung bak diawan awanan.

Hari isnin merupakan tugas kami menyediakan persiapan untuk kami berniaga Langos.

Selasa
Pasar pagi kg Gajah
Pasar malam di Uitm Seri Iskandar

Rabu
Pasar malam di Uitm Tapah

Khamis
Pasar malam Utp

Jumaat
Perkarangan Masjid Besar Batu Gajah

Sabtu/ menerima tempahan majlis khawin atau sebarang undangan

Ahad
Pasar petang Titi Gantung

Kalau ditengok jadual perniagaan sememangnya seolah tiada ruang bagi kerja kerja lain.

Hari ini Sept 9. 2018 aku gagah juga Prunning dua pokok anggur yang masih tertangguh.

Aku ada beberapa Variety Anggur

Alphonse mmg rajin berbuah.

Red Globe baru belajar berbuah.

Razaki juga baru belajar berbuah.

Sugarone, Sultanah dan Suveniar masih merajuk. 

Sebelum Prunning


Selesai Prunning



Keratan Anggur untuk semaian dan juga untuk Jualan
Keratan yang matang.


Keratan perlu direndam dengan ubat kulat selama satu jam 
Bungkusan Keratan Anggur yang perlu diposkan kepada pembeli.


Selepas dua minggu Prunning 
Kelihatan Bunga Anggur
Hatiku berbunga setaman.

Aku terkadang terasa bermimpi. Ye aku bukan lagi bermimpi. Dahulu aku kira kalau nak petik anggur kita perlu ke luar negara. Dahulu kalau nak tengok pokok anggur kita perlu kenegara 4 musim tapi sekarang semua itu sudah berada didepan mataku. Kini pokok anggur sudah berada ditaman aku. Kini pokok anggur sudah boleh aku pegang. Aku tidak lagi bermimpi.


Anggur ku...
Ibuku.
Variety Alphonse


Variaty Red Globe baru belajar berbuah.
Suamiku...bukan main suka bila melihat red globe sudah berbuah.

Variety Razaki juga pernah berbuah tapi sayang gambarnya entah dimana.

Alhamdulillah

Anggur di Telok Bakong Fig Garden





0 comments:

Post a Comment