Pages

Saturday, November 10, 2018

Rehat...Makan...mana tak gemuk

Hari ini Sabtu Nov 10.2018. Minggu nie minggu cuti. Sekarang student Uitm dan Utp cuti Sem makanya kami mengambil kesempatan untuk merehatkan diri. Sebenarnya banyak tugasan menanti tapi badan nie memang terasa letihnya tapi bila hari niaga letih hilang entah kemana.

Kebiasan hari cuti niaga Langos,aku akan pastikan ada ruang untuk aku masak masakan kegemaran my hubby mata hijau.ku..

Sebelum itu aku baru teringat Alma kucing aku belum bagi ubat selsema...sekarang nie memang susah sangat nak bagi ubat.


Semua bahan dah sedia baru teringat oven ku sakit perut..sakit kepala
Aduiiiiii

Fikir punya fikir baru teringat ada "Magic Pan" pemberian hadiah ulangtahun pertama perkhawinan kami.

Terimakasih sahabat yang memberi hadiah ye

Ayam Tanduri juga atas permintaan my hubby



Alhamdulillah.
Hilang penat bilamana melihat apa yang dimasak menjadi kegemaran my hubby.

Sambil tunggu Spaghetti Lasagna dan Ayam Tanduri masak aku makan Buah Nenam. 

Masak Sira Pisang Abu campur Labu. Mak suka makan sira nie. Lagipun tanpa santan ianya boleh disimpan. Sira lagi sedap kalau disimpan dahulu didalam peti ais.


Subhanallah...
Remang malam nun kelihatan bulan yg terbit.


Memang sudah nakal sangat...
Panggil dah tak mahu datang...siap tutup muka lagi..kalau tutup telinga memang nak kena...



Alhamdulillah setelah bersilat...my hubby tolong pegang tangan dapat juga masukkan ubat kedalam mulut Alma.

0 comments:

Post a Comment